Saturday, December 4, 2010

Pulau pinang hak milik kedah?BN & PAS SEPENDAPAT!!!

(ULASAN UTUSAN )
ALOR SETAR 1 Dis. – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) hari ini mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

“Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.-Utusan



pada pendapat aku lak....yang terharunya,BN dan PAs leh sependapat ....depa kata kalo itu leh bantu meningkatkn umat melayu,dan islam drpd ditindas di penang,tk salah kalo dikembalikan kepada Kedah...lagipon ikot sejarah memang terbukti,penang masih lagi hak milik Kedah,tk salahkn sapa2,samaada isu ketamakkan sultan terdahulu sehingga tergadainya penang dengan perlis,tp hakikat tetap hakikat.....manusia tk leh lari dari pandangan majazi yg selalu melebihi pandangan hakiki....tp memang betul pon,umat islam kat Penang ditindas,hatta azan pon dilarang berkumandang,dilarang pakai mic...hanya dibenarkan laung azan mcm tu ja..sesetengah kawasan...dikatakan mengganggu ketenteraman awam,.....jd mcm singapore lakdah...huhuhu....


moral value-sekiranya motifnya utk mengelak,islam dan melayu ditindas,kiranya wajar penang dikembalikan kepada kedah......itu sebaiknya,demi menjaga agama kita,bangsa kita...takkan kita nk menghancurkan islam kita sendiri?sanggup melihat agama kita ditindas dinegara sendiri?...hohhh jika kita dpt elakkan benda2 mcm itu,insyallah agama kita akan terbela...amiin......


AKU SOKONG PENANG DIKEMBALIKAN KEPADA KEDAH.......SEKIRANYA NIAT DIA HENDAK ELAKKAN UMAT ISLAM,MELAYU DITINDAS,JATUH HUKUM WAJIB DAH TU....

No comments:

Post a Comment